Tabung Ayam Rayyan Qaleef

My All...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, March 23, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


Sangat bimbang membesarkan anak2 di zaman yang serba mencabar ni kannnn..jom kita share ilmu nih...

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”


" Semoga anak-anak ibu membesar menjadi anak yang soleh..
Aminnn"


Wednesday, March 14, 2012

Doa Buat Anaknda di Alam Rahim


YA ALLAH PELIHARALAH ANAKKU INI SELAMA DIA BERADA DI DALAM PERUTKU, DAN SIHATKANLAH DIA, ENGKAU YG MENYEMBUHKAN, TIDAK ADA PENYEMBUHAN SELAIN PENYEMBUHANMU, YA ALLAH RUPAKANLAH ATAU BENTUKKANLAH DIA YG ADA DIPERUTKU DENGAN RUPA YG BAIK DAN TETAPKANLAH DI DALAM HATINYA IMAN KEPADA ENGKAU DAN KEPADA RASULMU. YA ALLAH, KELUARKANLAH DIA DARI PERUTKU DENGAN MUDAH DAN SELAMAT. YA ALLAH, JADIKAHLAH DIA SIHAT DAN SEMPURNA BERAKAL DAN PANDAI, ALIM DAN BERAMAL. YA ALLAH PANJANGKANLAH UMURNYA, SIHATKANLAH BADANNYA, BAIKKANLAH AKHLAKNYA, FASIHKANLAH LISANNYA, BAGUSKANLAH SUARANYA UTK MEMBACA AL-QURAN DAN HADIS DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD S.A.W, DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM. 

AMIN YA RABBAL 'ALAMINN.

Thursday, March 8, 2012

Tanhiah Cik Ya!

Alhamdulillah!!

Berkat doa Mak n Bapak yang tak penah putusss untuk kejayaan anak2 depa..
Serta...
Berkat Usaha Cik Ya sendiri..



 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan shah
5th March 2012
Diploma in Civil Engineering
Pergh! siap dapat pingat Dekan lagik!
Tahniah adekk ku!

 Gambaq wajib !


 
 Wajah gembira Bonda dan Ayahnda terchenta!


* Sekarang Cik Ya 2nd year kat Engineering Campus,USM, sambung wat degree lak..
harapan dan doa kak wani, semoga kejayaan akan teruss bersama Mia..



 Tahniah dari Kak Wani, Abg Rizal dan Rayyan Qaleef!

 

Tuesday, March 6, 2012

Masa Berlalu Pantas..


Baru semalam rasa main2 hambat2(kejar2)..
Baru semalam rasa main masak2 guna periuk belanga mak..
Baru semlam rasa main basikal pusing2 kampung..
Baru semalam kami bergaduh2 manja..
Baru semalam kami kena marah secara berjemaah sebab buat bising time orang lain tidoq..
Baru semalam rasa mandi bersama2 sambil main sabun sampai habis sebotol shampoo..


huhuh!!

Nostalgiaa...wooo...

kikiki!

itu la kami..

adik beradik plus sorang kezen..Atun..

da macam adik beradik kandung..
membesar bersama2..




tengok nih.
sama2 berlemoih!





dah menginjak dewasa..bila da pandai melawa sikit..


setiap tawon raya mesti ada gambaq kami ber5 macam nih..

hihi!!
baju pon mesti ala2 sama..
mmg dari dulu kalo mak beli apa2 mesti beli untuk Atun sama..


 kami lagi..










dan kini...

tetap ber5..

rapat, mesra dan saling berhubung walopon masing2 jauh dan ada hal sendiri..

begitu la akrabnya kami..






dan sama2 mem'buncit'..



-



-



-



-



panjang pulak muqadimah Entry kali nih..

sebenarnya...



just nak share kehadiran orang baru dalam keluarga kami..



drum roll pehlissss!!!

taraaaaa!!





Introducing !!

Nur Airis Ariana bt Aliff Ashraf

anak sulung Atun..my lovely kezen suda menjadi Ibu..
Alhamdulillah!
Super Duper Big Congratzz to Atun n hubby!

si comey Airis!

Semoga generasi kita nih pon dapat mengekalkan hubungan kekeluargaan yang erat sesama mereka..
aminn!!

^____^


Selamat Hari Lahir Emak

Selamat Hari Lahir buat Bonda..

Semoga Bonda senantiasa dimurahkan rezeki..
Diberikan kesihatan yang berterusan..
Dilimpahi Rahmat..
Bahagia disamping suami dan kami adik beradik..



itu saja doa yang mampu anaknda ungkapkan buat emak..
kerana tiada doa semahal doa ibu untuk si anak..



Buat emak,
Terima kasih kerana melahirkan kakak, membesarkan kakak dan memberikan didikan yang sempurna untuk kakak!!



Kakak sayang mak sangat2!!!

Gambar paling bernilai untuk kakak
kucupan dari 2 orang insan yang membawa kakak ke dunia..

*Gambar kenangan semasa Majlis Konvokesyen Kakak!
 MASTER OF ENGINEERING (CIVIL-Structure)-Aug 2008