Alamdulillah...selama 3 hari berturut-turut maktih timah urut badan ibu...
lega sangat rasenye...ringan je badan...
so sabtu lepas (13 Mac 2010) rambut Rayyan da di botakkan oleh Maktih Timah...
Siap dengan upacara Bertahnik
**Bertahnik
“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
Anda tahu apa itu tahnik? biasa disebut ‘Belah mulut’. Biasanya selepas bayi dilahirkan, orang tua-tua akan lakukan operasi belah mulut. Gerun pula apabila disebut belah mulut. Sebenarnya, nama Islamiknya dipanggil sebagai tahnik iaitu dengan kata lainnya dipanggil sebagai memecah atau membuka mulut bayi yang baru dilahirkan.
Sebelum ini, apa yang biasanya diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa. Cara-caranya adalah dengan meletakkan isi buah tamar yang dikunyah itu di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ia perlulah dilakukan sehingga kurma tadi terkena keseluruhan mulutnya sehingga ke rongga tekak bayi.
credit to: Gedung Ilmu.comBaik sangat anak ayah dan ibu nih...tak cranky2 langsung..titon jer...
menu untuk hari tuh adalah pulut kuning n roti jala...
Ramai yang datang tgk Rayyan ari tuh..
Thanx pada yg sudi hadir dengan hamper, ang pow bagai..
Ibu mewakili Mohammad Rayyan Qaleef mengucapkan jutaan terima kasih...
so meh layan gambar Baby Rayyan Qaleef Skin Head..heheh!!!
Ibu dan Ayah doakan semoga Rayyan Qaleef jd anak yg soleh..amiinn....






No comments:
Post a Comment