Tabung Ayam Rayyan Qaleef

My All...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, August 17, 2010

Solid Food..

When Should I Start Feeding My Baby Solid Foods?..

haaa!! itu la question yg selalu belegar2 dalam pale ai..
since Rayyan masuk 5 months old..
nak plak baby yang kat umah mama lin..umaira' da start makan itu ini..
umaira' sebaya ngan Rayyan..
but ibu tak berani nk bagi Rayyan makan lagi..
takut la pewot die tak tahan ke..tak sesuai ke..
usus baby belom matang untuk terima solid food..
so perasaan macam ni ai berani kerat kuku la..
akan terjadi hampir pada semua ibu2 d dunia..hehee!!!
tak terkecuali ai sendiri..
masing2 nk yg terbaekk untuk anak kaann..

okess!!! ni ader panduan utk anak2 kiter..

Jom share!!


Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)

Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima makanan pejal)
2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.

Jangan terlalu melambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi

Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi, di mana ia akan mengakibatkan kepada:
1. Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga
2. Anaemia (kekurangan zat besi dalam kandungan darah)
3. Masalah untuk makan, terutamanya bagi bayi yang berusia 7-9 bulan yang masih belum diberi makanan pejal.

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:

1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan

nampak gayanya Ibu da boleh ajar Rayyan makan solid food sket2..
lagi 10 hari Rayyan Qaleef genap 6 bulan..
wahh teruja nyer ibu..!!!

No comments: