Masalah besar skang nih ialahhh.....bila ibu nak suap apa saja Rayyan asik tutup mulut dengan rapat siap geleng2 kepala..sebut "nanak..nanakkk!" naik buntu ibu nak sumbat apa dalam mulut Rayyan..haishh..
Macam ni la bila jadi emak kan..bila anak tak mo makan mula la risau..bila tengok anak orang lain yang sebaya dengan Rayyan bambam, berisi mula la rasa macam kita ni emak yang tak bertanggungjawab sebab tak mampu nak besarkan anak dengan sempurna..*sedih*
Nak..nak bile ader orang tegur.."ehh kurusnya Rayyan sekarang? tak makan ke? ibu tak masak ke? ibu tak bagi makan ke?" siot je soklan kann? sentap hati mak nox!...
Ade ke emak yang tak mo bagi anak dia makan sampai kenyang????????
sekali lagi i ulang Ade ker emak cenggitu? walo i seorang ibu yang berkarier, anak tetap 1st place hokay!
huhuh!!
tapikan...walo Rayyan kurang/tak mo makan nasik n so on..dia kuat nenen..
sekali minum 7-8 oz..dan menyusu dengan kerap!
Enfagrow A+ (vanilla)..Nenen Rayyan..
tapi yang heran nyer ape yang ibu ayah makan asik nak ngendeng ajer..pedas2 pon belasah..i la takut dia sakit pewot ke hapa...bila kita masakkan khas menu untuk dia..he refused to eat! arghhhh gerammmmmnya makkkk ko ni nakkk!
nak marah tak sampai hati..bukan dia paham apa pon lagi..adoi! fening mak ko..
BUT he likes to eat apa2 yg Chocolate base..
biskut coklat, coco cruch , roti coklat n so on..
so ibu dengan penuh perasaan risau belikan ini untuk Rayyan..
![]() |
| Appeton - Multivitamin with lysine |
pastu ade plak member i suggest kan bagi Rayyan minum susu Pediasure..jadikan as a supplement la jugak..kiranya ibu bagi bersama susu enfagrow..
susu nih khas bagi budak2 yg susah nak makan, picky eater..so untuk pastikan anak2 dapat nutrition yang lengakap ibu2 dinasihati bagi susu ni pada anak2..
Pediasure Complete..
Ibu bagi rayyan susu nih hari2 bersulam bersama susu Enfa..dan Rayyan suka susu nih..=) veryy rich flavour!yummy!
at least ibu tak risau sangat Rayyan tak dapat nutrien yang lengkap from his solid food bcoz dah diganti dengan nutrien lengkap from susu nih!
selain itu,
ibu jugak tak lupa menambah ilmu dengan membaca, menelaah resepi2 berkhasiat untuk anak ibu nih..
antara buku yang menjadi rujukan ibu dikala buntu mencari idea..
Annabel Karmel- is the UK's best selling author of seventeen books on baby and children's food and nutrition. She is an expert in devising tasty and nutritious meals for children without the need for parents to spend hours in the kitchen.
dan juga buku nih..
Author: Wardina Safiyyah
kedua-dua buku ini sangat membantu ibu..
walo penat, renyah, remeh..ibu tetap enjoy masak apa2 saja untuk Rayyan..
dan perasaan penat tu hilang bila anak ibu makan habisss!
as for now ibu juga bagi Rayyan makan Honey!
setiap malam sebelum tdoq..
doa dan harapan ibu sentiasa mahu kan anak ibu sihat, aktif dan membesar dengan sempurna..
semoga segala usaha ibu ini berhasil..
^__*
*Hope musim Picky Eater nih akan beransur pergi dari Rayyan!











3 comments:
Rayyan same mcm aryan la..susah giler nk mkn..mkn 2,3 suap je..pastu xmo dh..
Tp susu memang byk mnum..
Ana pun risau dan geram je tgk dia nak mkn..
#nti nk beli gak la buku wardina tu.
kann..kita plak yg risau bila diorg tak mo makan..ishh!
ni samalah cam qies, banyak songeh la pulak bab makan,tapi kalau jajan tuu wah lajuuu aje.pantang gula2 n coklat.
Post a Comment